Assalamualaikum w.b.t. untuk pertama-tamanya dirafa'kan kesyukuran ke hadrat pencipta alam ini kerana dengan izin serta petunjuknya dapat saya menyelesaikan laman blog ini. walaupun hasilnya tidaklah semaksima baik mungkin. Agenda utama blog ini diwujudkan adalah untuk memenuhi kursus wajib yang saya ambil dalam pengajian saya. Ini kerana penulisan blog merupakan antara uslub dakwah yang tidak kurang pentingnya sebagai salah satu medium penyebaran dakwah masa kini.
Oleh itu, dalam blog ini saya lebih kepada mengetengahkan maklumat-maklumat yang berbentuk artikel rencana dan sebagainya. Artikel-artikel yang dimuatkan juga keseluruhannya adalah mengenai umat Islam dan lebih menjurus kepada hal-ehwal kehidupan semasa umat Islam. Antaranya isu politik, akidah, keluarga, mahasiswa dan sebagainya. Artikel-artikel ini juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan, pengajaran atau pengetahuan kepada sesiapa yang melawati blog ini.
Oleh itu, sebarang respon yang membina amat diperlukan bagi membina laman yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Semoga manfaat dan segala kebaikan kita perolehi bersama.
No comments:
Post a Comment