Thursday, October 23, 2008

ILMU-ILMU ISLAM>> Petua Mengatasi Kesulitan

Apabila seorang hamba Allah mengalami kesulitan hidup, maka pertama-tama ia cuba mengatasinya dengan upayanya sendiri. Bila gagal ia mencari pertolongan kepada sesamanya, khususnya kepada raja, penguasa, hartawan; atau bila dia sakit, kepada doktor. Bila hal ini pun gagal, maka ia berpaling kepada Khaliqnya, Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa, dan berdo'a kepada-Nya dengan kerendah-hatian dan pujian.

Bila ia mampu mengatasinya sendiri, maka ia takkan berpaling kepada sesamanya, demikian pula bila ia berhasil kerana sesamanya, maka ia takkan berpaling kepada sang Khaliq.Kemudian bila tak juga memperolehi pertolongan dari Allah, maka dipasrahkannya dirinya kepada Allah, dan terus demikian, mengemis, berdo'a merendah diri, memuji, memohon dengan harap-harap cemas. Namun, Allah Yang Maha Besar dan Maha Kuasa membiarkan ia letih dalam berdo'a dan tak mengabulkannya, hingga ia sedemikian terkecewa terhadap segala sarana duniawi. Maka kehendak-Nya mewujud melaluinya, dan hamba Allah ini berlalu dari segala sarana duniawi, segala aktiviti dan upaya duniawi, dan bertumpu pada rohaninya.Pada peringkat ini, tiada terlihat olehnya, selain kehendak Allah Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa, dan sampailah dia tentang Keesaan Allah, pada peringkat haqqul yaqin (* tingkat keyakinan tertinggi yang diperolehi setelah menyaksikan dengan mata kepala dan mata hati).

Bahawa pada hakikatnya, tiada yang melakukan segala sesuatu kecuali Allah; tak ada penggerak tak pula penghenti, selain Dia; tak ada kebaikan, kejahatan, tak pula kerugian dan keuntungan, tiada faedah, tiada memberi tiada pula menahan, tiada awal, tiada akhir, tak ada kehidupan dan kematian, tiada kemuliaan dan kehinaan, tak ada kelimpahan dan kemiskinan, kecuali kerana ALLAH.

Maka di hadapan Allah, ia bagai bayi di tangan perawat, bagai mayat dimandikan, dan bagai bola di tongkat pemain polo, berputar dan bergulir dari keadaan ke keadaan, dan ia merasa tak berdaya. Dengan demikian, ia lepas dari dirinya sendiri, dan melebur dalam kehendak Allah. Maka tak dilihatnya kecuali Tuhannya dan kehendak-Nya, tak didengar dan tak dipahaminya, kecuali Ia. Jika melihat sesuatu, maka sesuatu itu adalah kehendak-Nya; bila ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka ia mendengar firman-Nya, dan mengetahui lewat ilmu-Nya. Maka terkurniailah dia dengan kurnia-Nya, dan beruntung lewat kedekatan dengan-Nya, dan melalui kedekatan ini, ia menjadi mulia, redha, bahagia, dan puas dengan janji-Nya, dan bertumpu pada firman-Nya.

Ia merasa enggan dan menolak segala selain Allah, ia rindu dan senantiasa mengingati-Nya; makin mantaplah keyakinannya pada-Nya, Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa. Ia bertumpu pada-Nya, memperolehi petunjuk dari-Nya, berbusana nur ilmu-Nya, dan termuliakan oleh ilmu-Nya. Yang didengar dan diingatnya adalah dari-Nya. Maka segala syukur, puji, dan sembah tertuju kepada-Nya.
(sumber dari Kitab Futuuh al-Ghaib) Syaikh Abdul Qadir Jailani



ISU AKIDAH ISLAM>> PRINSIP@ DASAR KEIMANAN>

Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.a.w. Dengan Islam Allah mengakhiri serta menyempurnakan agama-agama lain untuk para hamba-Nya. Dengan Islam pula, Allah menyempurnakan kenikmatan-Nya dan meredhai Islam sebagai dien-Nya. Oleh kerana itu tidak ada lain yang patut diterima, selain Islam. Allah berfirman, yang ertinya: “Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi…” (Al Ahzab 19)

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Al Imran 85)

Allah telah mewajibkan seluruh umat manusia agar memeluk agama Islam kerana Allah. Hal ini sebagaimana telah difirmankan-Nya kepada Rasul-Nya: “Katakanlah: Hai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, iaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk. (Al A’raf 158)
Islam mempunyai keistimewaan, iaitu relevan untuk setiap masa, tempat, dan umat. Allah berfirman kepada Rasul-Nya: “Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur’an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu…” (Al Maidah 48)

Agama Islam adalah agama yang benar. Allah menjamin kemenangan kepada orang yang memegangnya dengan baik. Hal ini dikatakan-Nya dalam firman-Nya, yang ertinya: “Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al Qur’an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai.” (At Taubah 33)

Agama Islam merupakan aqidah dan syariat. Islam adalah agama yang sempurna dalam aqidah dan syariat, kerana:

1. Memerintahkan bertauhid dan melarang syirik.
2. Memerintahkan bersikap jujur dan melarang berbuat bohong/dusta.
3. Memerintahkan berbuat adil perbuatan zalim.
4. Memerintahkan untuk bersikap amanah dan melarang khianat.
5. Memerintahkan untuk menepati janji dan melarang ingkar janji.
6. Memerintahkan berbakti kepada ibu-bapa serta melarang menyakitinya.
7. Memerintahkan bersilaturahim/menyambung hubungan dengan kerabat dekat, serta
melarang memutuskannya.
8. Memerintahkan berbuat baik dengan tetangga melarang berbuat jahat kepada mereka.

Secara umum Islam memerintahkan agar bermoral baik dan melarang bermoral buruk.
Islam juga memerintahkan setiap perbuatan baik, dan melarang perbuatan yang buruk. Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (An Nahl 90)

Catatan:
1. Adil ertinya menyamakan yang sama dan membezakan yang berbeza, bukan persamaan secara mutlak seperti yang dikatakan sebahagian orang yang mengatakan bahawa Islam adalah agama persamaan yang mutlak. Menyamakan hal-hal yang berbeza merupakan kezaliman yang tidak dianjurkan oleh Islam, dan pelakunya pun tidak terpuji. (ringkasan
dari Kitab Ushulil Iman:shaykh muhammad b. shalih al-uthaimin)

Wednesday, October 22, 2008

ISU UNDANG-UNDANG ISLAM>> Isu Artikel 11

Islam sebagai Agama Persekutuan mempunyai kedudukan istimewa dalam Perlembagaan, sistem perundangan dan budaya bernegara di Malaysia. Hal ini diperuntukkan dengan jelas antara lainnya dalam Perkara 3, 11(1), 11(4), 12 (2), 121(1A) dan Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan. Pendekatan ini telah menjadi antara faktor dan ramuan utama kejayaan kita mengekalkan rekod kestabilan dan keharmonian hubungan antara kaum dan agama yang boleh dibanggakan walaupun tidaklah sempurna. Malangnya, akhir-akhir ini terdapat usaha-usaha pihak-pihak tertentu yang cenderung untuk mencabar, secara langsung dan tidak langsung, kedudukan istimewa Islam di negara ini.
Usaha-usaha ini yang dijalankan secara agresif, terancang dan mendapat sokongan daripada badan-badan
antarabangsa ini dilakukan dengan pelbagai cara, antaranya:

1. Menggesa kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Comission) yang antara
kesannya membolehkan Suruhanjaya tersebut mencampuri urusan dalaman agama Islam.
2.Menggesa Parlimen agar memansuhkan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa
ekslusif kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar kes-kes berkenaan hal ehwal Islam di negara ini.
3.Menubuhkan Kumpulan Artikel 11 yang memperjuangkan hak kebebasan beragama mutlak termasuk hak
seorang individu Muslim untuk murtad atas dasar hak asasi manusia sejagat.
4.Menyokong permohonan daripada beberapa individu di Mahkamah untuk murtad termasuk untuk
memansuhkan perkataan Islamâ dalam kad pengenalan mereka. Kumpulan yang mempertikaikan kedudukan
istimewa Islam ini menggunakan pelbagai kaedah untuk mencapai matlamat mereka. Antaranya :
a) Menampilkan segelintir tokoh-tokoh politik, ahli akademik dan pengamal undang-undang untuk mempromosi
fahaman mereka.
b)Mempergunakan Mahkamah dan saluran perundangan untuk mentafsir peruntukan Perlembagaan mengikut
kehendak mereka dan pada masa yang sama mengemukakan hujah-hujah yang langsung mengenepikan
pertimbangan fakta sejarah dan kedudukan sosiopolitik negara ini.
c)Menampilkan pensejarahan semula kemerdekaan negara ini dengan mengenepikan elemen kontrak sosial yang
mengiktiraf kedudukan istimewa Islam di negara ini.
d) Mempengaruhi media massa tertentu agar menyiarkan laporan yang negatif terhadap dasar dan amalan agama
Islam di negara ini.
e) Menganjurkan rapat umum dan ˜road show bagi menyebarluas pandangan serong mengenai Islam kepada
rakyat berbilang kaum di negara ini. mempertikai kedudukan IslamTindakan kelompok ini mempertikaikan
kedudukan Islam termasuk menyatakan bahawa orang Melayu hendaklah menerima hakikat bahawa Islam
harus tunduk kepada Perlembagaan negara menyinggung perasaan orang Islam.

Mereka mempersoalkan kedudukan istimewa Islam dan menuntut perubahan terhadap perkara-perkara asas yang membentuk keluhuran perlembagaan negara adalah amat dikesali. Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah jelas dan berasaskan kontrak sosial antara kaum-kaum utama di negara ini ketika negara berada di ambang kemerdekaan 51 tahun lalu. Mengabaikan faktor ini seolah-olah cuba untuk mengubah kenyataan sejarah tentang perjanjian murni yang menjadi asas kepada keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

>> MEMORANDUM BERKENAAN ISU-ISU PERTUKARAN AGAMA

· Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan, Perkara 3(1);
· Selaras dengan kedaulatan undang-undang syariah, bidang kuasa mahkamah syariah dan sistem kehakiman
syariah seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 121(1A);
· Selaras dengan peruntukan Perkara 11(4) yang membolehkan Kerajaan mengawal dan menyekat
pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang Islam;

Maka Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (ringkasnya MUAFAKAT) mendesak pihak Kerajaan supaya:

[1] Menerusi Jabatan-Jabatan Agama yang berkenaan mempermudahkan, melicinkan serta memperkemaskan
lagi proses pertukaran agama bagi orang bukan Islam yang mahu memeluk agama Islam, khususnya berhubung
dengan urusan pendaftaran saudara-saudara baru Islam;
[2] Memastikan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan-Jabatan Agama di semua negeri berkerjasama secara
yang lebih erat lagi bagi memastikan proses pertukaran butir-butir nama dan agama dalam kad pengenalan
untuk saudara-saudara baru menjadi lebih mudah dan lancar demi menghapuskan kerenah birokrasi yang
banyak dialami oleh saudara-saudara baru selama ini;
[3] Menyediakan segala kemudahan, bantuan dan bimbingan yang diperlukan dari segi kebendaan dan moral
untuk saudara-saudara baru Islam bagi membolehkan mereka hidup selesa sebagai orang Islam dalam
suasana tenteram dan aman damai tanpa ancaman, gangguan atau diskriminasi daripada mana-mana pihak;
pihak berkuasa hendaklah memandang sirius kes-kes ancaman terhadap nyawa saudara baru yang pernah
berlaku di masa-masa yang lepas;
[4] Tidak memperkenalkan undang-undang baru yang mewajibkan orang bukan Islam berumur 18 tahun ke atas
memaklumkan kepada ahli keluarga terdekatnya tentang keputusannya memeluk agama Islam sebagai syarat
pendaftaran di Jabatan-Jabatan Agama. Pihak berkuasa hendaklah menghormati hak asasi saudara baru Islam
untuk bebas menentukan sendiri masa yang beliau fikirkan sesuai bagi membuat pemakluman tersebut; dalam
hal ini hak seseorang saudara baru Islam mengatasi hak sesiapa juga termasuklah hak ahli keluarganya yang
bukan Islam;
[5] Dalam kes di mana individu yang hendak memeluk Islam itu adalah seorang yang sudah beristeri atau
bersuami pihak Jabatan Agama hendaklah menanganinya sebagai kes paling utama (“top priority”) yang perlu
diselenggarakan secepat yang mungkin. Jabatan agama yang berkenaan bertanggungjawab menyelesaikan
semua masalah yang timbul daripada pertukaran agama kepada agama Islam itu bermula dengan urusan
pendaftaran sebagai saudara baru hinggalah kepada urusan pemberitahuan kepada pasangannya atau
keluarganya. Di antara isu-isu pasca pertukaran agama yang perlu ditangani sebaik-baik dan seadil-adilnya
selaras dengan roh keadilan agama Islam ialah status agama anak/anak-anak di bawah 18 tahun dan harta milik
sah si saudara baru berkenaan di sisi undang-undang syariah
[6] Mempertahankan bidang kuasa mahkamah syariah sebagai pemutus muktamad status agama seseorang yang
dikatakan beragama Islam tanpa dicabar oleh mahkamah sivil; jika berlaku kematian kepada seseorang mualaf
sedangkan pihak keluarga bukan Islam si mati masih belum dimaklumkan tentang pertukaran agama asalnya
kepada agama Islam maka adalah wajar pihak keluarga bukan Islam si mati diberi peluang untuk hadir dan
mendapat penjelasan di mahkamah syariah tentang bukti-bukti kukuh pertukaran agama si mati;
[7] Menerusi Jabatan-Jabatan Agama benar-benar menguatkuasakan undang-undang sedia ada yang melarang
pihak bukan Islam menyebar ajaran agama masing-masing kepada orang Islam; MUAFAKAT dukacita
melihat di kebelakangan ini undang-undang ini tidak lagi dihiraukan oleh golongan-golongan tertentu di kalangan
penyebar-penyebar agama bukan Islam; pihak bukan Islam hendaklah menghormati Perlembagaan
Persekutuan yang memperuntukkan undang-undang tersebut demi memelihara ketenteraman awam;

Sekiranya cadangan-cadangan tersebut di atas dapat dilaksanakan MUAFAKAT yakin isu-isu yang biasanya timbul daripada pertukaran agama seseorang kepada agama Islam seperti yang terjadi dalam kes kontroversi Allahyarham Muhammad Abdullah (alias M. Moorthy) tidak akan berulang lagi.

Ditandatangani:
Profesor Emeritus Dr Osman BakarPresidentMUAFAKAT

>>Kegagalan FTA Boleh Jejas Jalinan Ekonomi

JALINAN ekonomi antara Malaysia dan Amerika Syarikat mungkin akan terjejas jika rundingan kedua-dua negara bagi mewujudkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) tidak berjaya.Timbalan Wakil Perdagangan Amerika, Karan Bhatia, berkata selain kerugian kepada perdagangan, ia juga menghantar mesej bahawa “negara kita tidak dibuka untuk perniagaan”.Beliau yang berada di Kuala Lumpur untuk berunding menjelang rundingan pusingan kelima FTA Malaysia-Amerika berkata, ia mungkin mewujudkan kekecewaan besar dalam hubungan ekonomi dua hala dan kesannya akan menyebabkan pelabur pergi ke tempat lain.“Satu kebuntuan dalam rundingan perdagangan boleh membawa kepada kekecewaan dan boleh menyebabkan kesukaran untuk menyelesaikan masalah ekonomi,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.Beliau berkata, FTA akan mewujudkan keistimewaan kedudukan perdagangan bagi syarikat Malaysia dalam pasaran Amerika dan menarik pertambahan pelaburan oleh dana-dana AS.“Ia akan menghantar satu mesej bahawa Amerika dan Malaysia dibuka untuk perniagaan antara satu sama lain dan dengan negara lain di dunia,” katanya.Beliau berkata eksport dari negara rakan kongsi FTA ke dalam pasaran Amerika lebih tinggi dibandingkan eksport dari semua negara bukan rakan kongsi FTA.Antara 2002-2006, eksport Malaysia mengalami pertumbuhan pada kadar 50 peratus kepada AS$36 bilion daripada AS$24 bilion, menjadikan Amerika sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia.“Dengan FTA itu, Malaysia akan menikmati tambahan 50 peratus pertumbuhan dalam jangka panjang,” katanya.Bhatia berkata, Malaysia juga akan memperoleh manfaat bukan ekonomi.“Ada banyak manfaat tidak nyata yang kami lihat mengiringi satu-satu FTA itu,” katanya. – Bernama

ISU EKONOMI ISLAM> Malaysia, AS Tetap Teruskan Rundingan FTA

Negara pertahan beberapa pendirian asas penting:
Najib RUNDINGAN Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) tetap diteruskan, tetapi tidak terikat dengan sebarang tempoh bagi menyelesaikannya, kata Datuk Seri Najib Razak.Timbalan Perdana Menteri menegaskan, namun dalam rundingan itu, Malaysia tetap akan mempertahankan beberapa pendirian asas yang dianggap penting bagi negara ini.“Kabinet berbincang mengenai FTA hari ini dan membuat beberapa keputusan.“Rundingan akan diteruskan (tetapi) kita tidak terikat kepada sebarang tarikh akhir, mahupun mengalah terhadap beberapa pendirian asas yang difikirkan amat penting kepada Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF), di Kuala Lumpur, semalam.Najib juga menjelaskan, ketika ini setiap kementerian yang terbabit dalam rundingan itu perlu menetapkan pendirian masing-masing dengan pihak yang berunding dari AS.Sembilan kementerian, selain Peguam Negara Malaysia terbabit dalam rundingan FTA dengan AS itu.Kementerian itu ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi, serta Kementerian Kesihatan.
Isnin lalu, AS mengeluarkan kenyataan bahawa AS dan Malaysia akan membincangkan cara terbaik meneruskan rundingan FTA antara kedua-duanya selepas tamat tarikh akhir rasmi 31 Mac ini untuk memuktamadkannya.Mesyuarat pusingan seterusnya akan berlangsung di Washington.Rundingan antara Malaysia dan AS berhubung FTA itu bermula setahun lalu. Walaupun kedua-dua pihak yakin mencapai persetujuan mengenainya seawal 2007, rundingan itu tergendala susulan pertukaran ketua perunding bagi pihak Malaysia, dan ketidaksediaan Malaysia membuka pasaran pemerolehan kerajaan kepada lebih banyak syarikat AS.Sementara itu, Najib dalam ucapannya, berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar Malaysia dijangka berkembang enam peratus tahun ini dan kadar itu dijangka dapat dipertahankan dalam jangka sederhana.Beliau berkata, pertumbuhan itu akan dipacu oleh permintaan domestik yang teguh dan diperkukuhkan oleh sektor luaran.Sektor swasta, katanya akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan bagi tahun kelima berturut-turut, manakala sektor awam akan memainkan peranan sebagai penyokong.Timbalan Perdana Menteri berkata, pelaburan swasta yang memperlihatkan peningkatan sejak 2003, berkembang pada kadar kukuh 9.7 peratus pada 2006 manakala pertumbuhan pelaburan sektor awam bertambah kepada 6.5 peratus.“Perbelanjaan modal yang lebih tinggi membolehkan ekonomi kekal pada landasan pertumbuhan yang teguh,” katanya.

Sumber dr Berita Harian.

>>PERANAN PEMUDA DALAM GERAKAN DAKWAH


Saya selalu merasa sangat bergembira sekiranya bertemu dan harus bercakap di hadapan para pemuda. Ini semua menandakan bahawa pemuda tetap bersemangat dan serius, kerana setiap gerakan yang berhasil pasti memiliki kemahuan yang kuat, harapan yang jauh ke depan, dan orientasi yang jelas serta terarah terutama di barisan pemudanya.

Kekuatan moral dan spiritual menjadi modal utama dan pertama dalam setiap pergerakan. Mungkin saja landasan moral dan spiritual sebuah pergerakan salah atau bathil, tetapi pasti punya semangat. Apatah lagi kita yang mempunyai landasan moral dan spiritual yang benar, bersumber dari petunjuk Allah Ta’ala. Kekuatan moral dan spiritual yang benar akan menghasilkan azam dan iradah qawiyah. Bahkan, orang akan menjadi muda selamanya dan bergairah terus, jika bergerak atas landasan moral dan spiritual yang benar. Alhamdulillah, kita telah diberikan kurnia itu oleh Yang Maha kuasa.


Modal kedua ialah kemampuan intelektual. Allah sangat merangsang manusia melalui ayat-ayat Al Qur’an yang menyatakan: ‘afala ta’qilun, ‘afala yatafakkarun, dan lain-lain. Menurut penelitian, otak manusia yang terpakai hanya 5% dari volume otak yang sebenarnya. Apalagi otak manusia yang mungkin tidak mencapai batas maksimal itu. Bayangkan, jika kemampuan otak itu ditambah dengan kekuatan pendidikan (tarbiyah) yang kita jalankan, bagaimana hasilnya. Menurut catatan, anggota gerakan 70% adalah para sarjana yang diberi petunjuk dan kemudahan oleh Allah untuk bergabung dalam jamaah dakwah, itu melebihi kualiti kelompok masyarakat pada umumnya.


Modal ketiga adalah ideologi atau idealisme yang dengannya kita mempunya visi dan misi perjuangan yang jelas. Ini juga merupakan kurniaan Allah kepada kita berupa pemikiran yang sempurna, boleh memiliki pandangan jauh ke depan, walaupun pada masa-masa sukar. Kita selalu menjadi barisan pelopor dan perintis dalam menjelaskan ideologi.


Modal keempat adalah manhaj atau metodologi. Allah tidak hanya memberikan perintah saja, melainkan juga konsep dan landasan operasional. Solat dan haji memang diperintahkan oleh Allah, tetapi dalam pelaksanaannya Allah mencontohkan melalui tindakan Rasulullah. Dalam berjuang dan berjihad pun harus mengikuti Rasul, tidak membelot, tapi memahami dan mengetahui maksudnya. Qudwah kepada Rasul merupakan ketaatan, bukan hanya sekadar kewajipan, kerana tanpa Rasul, maka ajaran Islam tak boleh dijalankan. Rasulullah-lah yang mencontohkan kepada kita, bagaimana dakwah yang jelas, terarah dan sistematik.


Modal kelima adalah kefitrahan. Dinul Islam itulah modal besar, kerana sesuai dengan fitrah manusia, tidak bercanggah dengan kultur manusia, binatang, dan ekosistem. Bahkan, Allah menegaskan bahawa semua makhluk itu adalah junud (tentera) Allah. Maksudnya, kita harus yakin bahwa pergerakan yang bertentangan dengan fitrah manusia adalah bertentangan dengan kehendak Allah, kerana semuanya bergerak dalam suasana dan irama yang sama. Semuanya bertasbih kepada Allah. Jika perjuangan Islam seiring dengan perjuangan alam (universe), maka perjuangan itu akan berhasil. Pohon dan tumbuhan, binatang, cuaca, gejala alam semuanya menjadi teman-teman perjuangan kita. Berjuang tanpa fitrah alam akan gagal, kerana hukum itu bersifat baku dan tetap sepanjang zaman. Ini adalah modal yang sangat besar, walaupun kita tidak merasakannya. Padahal, bantuan Allah lewat alam (nature) itu sangat banyak. Contohnya, bekerja dalam hujan, tetapi tidak masuk angin, malah hujan itu menjadi penyegar. Bahkan, semuanya itu untuk mengukuhkan, jika kita berstatus juga sebagai Jundullah. Caranya, sesuaikanlah sifat jundiyah kita dengan jundiyah angin, binatang, pohon, dan lain-lain.
Rasulullah sering dibantu oleh para jundi alam ini: tumbuhan, binatang, cuaca, dan sebagainya. Bahkan, karamah para sahabat dalam perang Qadisiyah, ketika mereka menyeberang sungai sambil berkata: “Wahai air, kita sama-sama jundullah, bantulah kami kerana sedang melaksanakan tugas”. Akhirnya, air yang dalam dan deras itu menjadi cetek dan tenang untuk dilewati.


Modal keenam adalah modal institusional. Kerja kita adalah kerja jama’ah yang mana ramai orang tidak melakukannya. Kita memperoleh banyak pendokong dari proses jama’i ini, seperti thawashau bil haq dan thawashau bis shobri. Itu hanya boleh dilakukan dengan jamaah, kerana saling mengingatkan itu diperlukan dalam gerakan agar tidak tergelincir. Ba’duhum awliya’u ba’din. Kritik dan peringatan itu perlu. Kita sedih menyaksikan ada pejabat tinggi pemerintah yang tidak mahu dinasihati salah seorang ikhwah. Padahal kita hanya ingin menyelamatkan umat, bukan memperlekeh jabatan. Tetapi, pejabat tersebut setelah menduduki posisinya justeru kesenangan dan tidak mahu diadu oleh cadangan-cadangan yang berguna bagi umat.
Itu semua hanya boleh dilakukan dalam proses institusionalisasi, ketika tantangan dakwah berat dan sulit. Ada tawashau bil haq wa bis shobri, sehingga menimbulkan daya tahan (QS Ali Imran: 157). Wa ma dla’ufu wa ma istakanu (mereka tidak lemah dan tidak menyerah). Juga dilengkapi dengan tawashau bil marhamah. Tatkala seseorang mendapat musibah dan menderita, maka orang tersebut tidak sendirian, tetapi bersama-sama dengan banyak orang, sehingga potensinya tidak merudum.


Modal ketujuh bersifat material. Sebenarnya Allah telah banyak memberikan modal material kepada kita berupa alam semesta beserta segala isinya, tetapi mungkin kita belum boleh mampu gunakannya. Bahkan, dalam al Qur’an surat al Hajj ayat 31, Allah berfirman: “Telah Aku datangkan segala apa yang kamu kerjakan, wa in ta’uddu ni’matallah laa tuhsuha”. Kerana kezaliman dan ketidakprofesionalan sikap kita, sehingga tidak memiliki daya inovatif dan kreatif untuk memanfaatkannya. Menyedari dan mensyukuri nikmat Allah itu penting. Bagaimana nikmatnya udara, sehari kurang lebih 350 kilogram kita menggunakan oksigen untuk tubuh kita, seperlima diantaranya dipakai oleh otak.Wallahu A'lam.(dakwahinfo)

ISU MAHASISWA ISLAM> HEDONISME PEMUSNAH MASYARAKAT, MAHASISWA?

Assalamualaikum kepada sidang pembaca yang saya hormati sekalian, dewasa ini terlalu banyak kita disajikan dengan pelbagai program hiburan yang mengenengahkan unsur-unsur yang dilihat banyak memberi kesan negatif kepada masyarakat khususnya golongan remaja. Akademi fantasia, rancangan Mentor, rancangan Gangstars, One In A Million merupakan di antara contoh rancangan yang dibayangi dengan budaya hiburan daripada negara asing yang dilihat mengajar masyarakat kepada budaya berhibur yang melampau.

Media massa dan media elektronik banyak memainkan peranan penting kepada masyarakat dalam memberI memberi input yang berguna atau sebaliknya. Media mampu melahirkan yang berilmu, berpengetahuan dan berakhlak tetapi media juga boleh menjadikan sebaliknya. Saya ingin mengajak pembaca untuk melihat kembali keadaan pada zaman awal kemerdekaan di mana media merupakan medan untuk golongan-golongan intelektual memberikan pandangan mahupun luahan hati mereka serta menjadi medan merapatkan perpaduan di antara masyarakat Tanah Melayu. Lain pula situasinya sekarang apabila media massa tidak banyak memberikan pengetahuan dan ilmu yang berguna kepada masyarakat khususnya mahasiswa. Aspek hiburan merupakan tumpuan utama yang ditonjolkan oleh media walaupun hiburan itu bukanlah sesuatu perkara dilarang tetapi sekiranya diberi dalam bentuk yang terlalu banyak akan menyebabkan pemikiran masyarakat terbatas kepada dunia hiburan semata-mata. Jika ditanya kepada kanak-kanak kecil tentang apakah cita-citanya apabila besar nanti rata-rata memberi jawapan yang sama iaitu ingin menjadi penyanyi. Adakah mentaliti ini yang ingin diterap ke dalam pemikiran masyarakat khususnya pelapis muda yang bakal memerintah Malaysia tidak lama lagi.

Mahukah kita melihat bakal-bakal pelapis pemimpin Malaysia ini terus dibelenggu dengan budaya hedonisme daripada barat ini? Mahukah kita melihat golongan muda ini hanya berhibur tanpa mengambil tahu hal apa yang berlaku di sekeliling mereka mahupun diperingkat dunia? Sudah tentu kita mahukan pelapis-pelapis pemimpin Malaysia ini merupakan golongan yang matang dalam berfikiran dan mampu membawa kemajuan yang seimbang kepada masyarakat dan negara. Suka untuk saya tegaskan disini bahawa berhibur tidaklah salah tetapi biarlah bersederhana dan bukannya dengan kadar yang melampau. Kerajaan dan pihak swasta perlu sedar bahawa masyarakat hari ini sudah tertanam dengan mentaliti bahawa untuk hidup pada zaman moden hari ini hanyalah dengan menjadi penghibur atau penyanyi walhal banyak lagi bidang pekerjaan yang boleh untuk masyarakat ceburi selain daripada dunia hiburan.

Hiburan di Malaysia kini boleh dikatakan di tahap membimbangkan bukan kerana tiadanya golongan pelapis tetapi oleh kerana timbulnya masalah kebanjiran golongan pelapis yang terdiri daripada golongan muda. Lain pula kalau dibandingkan dengan bidang-bidang lain contohnya sukan, pertanian, perikanan, pengkajian, penciptaan dan sebagainya. Hal ini jika dibiarkan berterusan secara tidak langsung dapat menghasilkan mahasiswa dan masyarakat yang bermentaliti rendah dan tidak berdaya saing. Perkara inilah yang patut dibimbangkan oleh pihak kerajaan kerana dengan suasana dunia yang semakin global ini memerlukan masyarakat yang berdaya saing dan kreatif agar dapat memajukan seterusnya menaikkan nama negara di mata dunia dan bukanlah dengan hanya mempunyai bakat dalam hiburan semata-mata.

Di sinilah kerajaan dan semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengatur dan merombak kembali segala perkara yang dilihat tidak penting dan dapat merosakkan masyarakat kepada perkara yang dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi penguasaan teknologi dan kemahiran dengan aspek hiburan yang pada zahirnya tidaklah dilarang sekiranya tidak berlebih-lebihan. Hal ini penting dalam memastikan tenaga muda tidak disia-siakan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat kesan daripada budaya hedonisme. Saya ingin mengajak mahasiswa selaku pelapis kepada kepimpinan negara untuk turut sama berganding bahu menyuntik semangat kepada diri masyarakat untuk memastikan masyarakat Malaysia khususnya mahasiswa sendiri tidak terus menjadi seperti ayam daging yang hanya menurut dan mengikut arus peredaran masa tanpa mengkaji selidik pro dan kontra sesuatu budaya atau perkara itu. (sumber dari PMIUTM)

ISU POLITIK ISLAM> Benarkah Politik( Siasah) Kotor?

Oleh Ustaz Zainudin Hashim

Bagi warganegara yang tidak mengambil tahu mengenai perjalanan politik dalam negara, sudah tentu mempunyai alasan sendiri untuk mengatakan ketidak-persetujuan mereka tentang perjalanan sistem politik yang dilihat sebagai meruncing, apatah lagi ia dianggap kotor lagi menjijikkan oleh sesetengah pihak.


Benarkah politik di Malaysia atau di negara-negara umat Islam bersifat demikian, lebih-lebih lagi tiada mana negara-negara umat Islam yang menjalankan sistem politik yang berasaskan Siasah Syariah sebagai undang-undang tertinggi negara, kerana senario politik menunjukkan, bahawa negara-negara Arab sama ada di utara Afrika dan di Teluk lebih cenderung kepada sistem politik Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme dan sebagainya.

Apatah lagi jika para pemimpin negara terlibat dalam kes-kes rasuah kemudian ia ditukar kepada istilah politik wang bagi mengelabui rakyat, konspirasi jatuh-menjatuh antara satu sama lain, salah laku, skandal, mengaut keuntungan daripada projek-projek mega yang hanya berkisar di kalangan mereka sudah menjadi sinonim yang bukan lagi rahsia yang perlu ditutup.

Tindakan-tindakan negatif seumpama itu memberi impak besar kepada kelancaran perjalanan sistem politik negara, yang akhirnya mengheret rakyat untuk membenarkan tindakan mereka. Tidakkah pengamalan politik seumpama itu mencemari demokrasi yang difahami umum sebagai satu sistem yang boleh dipercayai?

Justeru, penjelasan mengenai politik sama ada kotor atau sebaliknya perlu diberi pendedahan secara ilmiah. Ia bertujuan mendidik rakyat agar sentiasa menjadi individu warganegara yang bukan hanya sekadar menerima pelaksanaan sesuatu konsep politik, malah bersedia untuk berdebat bagi menegakkan kebenaran politik yang bersumberkan kepada wahyu kebenaran Ilahi.

Jika pelaksanaan sistem politik dalam sesebuah negara berjalan mengikut kebenaran wahyu Ilahi, maka maksud sesuatu penyelewengan dalam sistem politik tidak akan berlaku seperti yang ditegaskan. Konsep politik dari sudut teori, praktikal
Ia merupakan antara disiplin ilmu penting serta mempunyai kedudukan tersendiri.
Ada pun dari sudut praktikal ia memberi kebaikan jika negara ditadbir mengikut lunas-lunas sistem pentadbiran dan pemerintahan berasaskan kebenaran agama yang diceduk daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w., kerana sejarah telah membuktikan bahawa sistem politik yang ditadbir oleh baginda Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik sepanjang zaman.
Sehubungan itu, Imam Ibn al-Qaiyim al-Jawziah berpendapat, bahawa politik adalah satu perlakuan manusia untuk membawa kebaikan menyeluruh serta menjauhkan mereka daripada sebarang bentuk kerosakan yang bercanggah dengan hukum Syariat Allah SWT.


Politik yang baik menurut beliau, ialah satu sistem pentadbiran negara penuh suasana keadilan selari dengan tuntutan ajaran Allah dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. (sila lihat at-Turuq al-Hukmiah fi as-Siasah al-Syar'iah m.s 13-15) . Sementara Imam al-Ghazali pula mentakrifkan politik, sebagai dunia yang menjadi tempat bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil di akhirat. Tidak sempurna agama melainkan dihubungkan dengan dunia, sebagaimana tidak sempurna sesebuah kerajaan tanpa agama, kerana kedua-duanya adalah kembar yang tidak boleh terpisah antara satu sama lain. Agama itu adalah pokok, pemerintah adalah penjaganya, sesuatu perkara yang tidak ada pokoknya maka ia akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya, maka ia akan hilang. (Ihyak Ulum al-Din 1/17 bab tentang ilmu, Dar al-Makrifah, Beirut).

Konsep pemerintah menurut hukum Siasah Syar'iah
Para ulama bersepakat menyatakan, bahawa pemerintah (khalifah) adalah pengganti kepada pelaksana Syariat Islam pertama iaitu Nabi Muhammad s.a.w., di mana baginda merupakan penjaga kepada agama Islam dan dasar-dasar politik dunia yang berteraskan kepada agama.
Baginda Rasulullah s.a.w. bukan sahaja seorang pendidik, motivator, hakim, malah seorang ahli politik yang berjaya sebagai ketua negara atau pemerintah umat Islam yang disusuli dengan para pemerintah di kalangan Khulafa Rasyidun yang telah melakarkan sejarah gemilang kerana berjaya memerintah negara dengan penuh keadilan dan keharmonian hidup bermasyarakat berasaskan ilmu pengetahuan dan keimanan yang kental.


Tetapi apa yang menjadi masalah kepada rakyat di negara-negara umat Islam hari ini, ialah mereka tidak mendapatkan para pemerintah yang melaksanakan sistem politik dalam negara masing-masing yang bersih, adil, telus, kerana ia diimport daripada peraturan dan undang-undang barat yang memisahkan pentadbiran negara daripada agama.


Maka lahirlah para pemimpin atau pemerintah yang memiliki cita rasa memerintah dengan peraturan yang sedikit pun tidak ada kena mengena dengan Islam. Mereka sanggup menjadi penyambung golongan penjajah yang memisahkan rakyat daripada agama, malah memperkenalkan ideologi falsafah yang cenderung kepada mengutamakan akal semata-mata.
Justeru, lahirlah gerakan-gerakan Islam yang tersohor seperti Ikhwan Muslimun di Mesir dan beberapa negara Arab lain, Jamaat Islami di Pakistan, Masyumi di Indonesia, MILF di Filipina, PAS di Malaysia dan sebagainya yang berani memasuki arena politik kerana ia adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Mereka melihat bahawa hukum dan undang-undang Islam tidak akan sempurna melainkan terlibat dalam politik bagi memegang kuasa eksekutif untuk melaksanakan Islam.


Sikap dan tindakan berani gerakan Islam berkenaan menceburi bidang politik, sedikit sebanyak mengubah persepsi dan tanggapan masyarakat, bahawa Islam hanya boleh dibahaskan di masjid-masjid atau pun di surau-surau, malah membebaskan pemikiran masyarakat tidak hanya beranggapan bahawa ahli politik tidak boleh bercakap mengenai agama, sedangkan baginda Rasulullah menerusi sirahnya telah membuktikan keupayaan sebagai pemimpin negara, pentadbir atau imam di masjid tanpa melakukan pemisahan antara agama dan politik.
Apabila tidak ada individu yang faham Islam dengan sebaik-baiknya menceburi politik, sudah pasti banyak elemen agama tidak boleh diperjuangkan. Ini dapat dilihat bagaimana parti-parti politik berhaluan Islam di Algeria dan Tunisia tewas dan segelintir sahaja sebagai wakil rakyat di Parlimen, maka pihak berkuasa yang berhaluan Sekular sebagai golongan majoriti telah mengisytiharkan pengharaman pemakaian hijab (tudung kepala) di universiti-universiti seluruh negara tanpa dapat dihalang kerana ketiadaan kuasa untuk menghalang.


Malah pihak berkuasa begitu angkuh dengan nada sinis mengatakan di Parlimen, bahawa pemakaian hijab itu bukan sebahagian daripada pakaian Islam, malah ia lebih kepada pakaian suku kaum tertentu, sebagaimana solat hari raya di kawasan lapang bukanlah sunnah nabi, malah ia adalah solat politik yang dicetuskan oleh pembangkang. Justeru, tindakan kejam pemerintah dengan membelakangkan hukum-hukum Allah, sedikit sebanyak memberi gambaran yang tidak sihat mengenai Islam, pada masa sama tindakan memberi dan menerima rasuah, berkepentingan adalah di antara aspek yang dikenal pasti merosakkan imej Islam di mata masyarakat hingga menyifatkan politik adalah satu agenda atau wadah jijik lagi kotor yang sepatutnya dijauhi.


Inilah kejayaan penjajah yang berjaya menanam bibit-bibit fahaman Sekular dalam minda, cara dan gaya hidup umat Islam agar terus berbangga bahawa Sekular lebih baik daripada Islam.
Rasulullah contoh terbaik ahli politikIslam yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. bukan sekadar menyeru manusia seluruhnya untuk beribadat dalam konteks solat semata-mata, tetapi perkara yang lebih besar daripada itu, iaitu menjalankan tugas utama manusia di muka bumi ini menjadi khalifah Allah, dengan melaksanakan segala hukum-hakam Allah.


Apabila ia berjaya dilaksanakan dalam sebuah negara yang diperintah oleh individu yang cintakan Islam, maka seluruh bentuk ibadat khusus dan umum boleh dilakukan tanpa sebarang sekatan dan halangan. Kekhilafahan yang dijalankan oleh baginda itu, berteraskan kebenaran wahyu Ilahi walaupun pada masa itu ayat-ayat al-Quran masih di peringkat penurunan sedikit demi sedikit, tetapi apa yang penting kesediaan dan kesanggupan baginda yang dibantu oleh para sahabat untuk mendaulatkan Syariat agama Allah dalam bentuk yang lebih praktikal.
Sebagai ahli politik berpengaruh yang mentadbir negara, baginda meletakkan asas-asas keimanan menjadi agenda utama dalam diri segenap manusia tanpa mengira perbezaan suku kaum, malah telah menyediakan dasar dalam dan luar negara yang komited kepada Islam.
Mengenai dasar politik dalam negara, baginda menyediakan asas kemudahan rakyat sama ada dari sudut pembelajaran, keperluan hidup menjadi tanggungjawab pemerintah seperti air, api dan padang rumput yang boelh dikongsi sama oleh segenapa lapisan masyarakat.


Sementara dasar luar negara pula, baginda berusaha untuk memperkenalkan Islam kepada para pemerintah melelaui para utusan baginda bagi menyakan kesediaan mereka untuk memilih Islam sebagai pegangan hidup. Justeru, baginda mengarahkan umat Islam supaya mengeluarkan zakat dan bukan Islam pula dikenakan bayar cukai, ia tidak lain adalah bertujuan untuk keharmonian rakyat sejagat melalui agenda mantap sistem perekonomian yang berteraskan al-Quran.


Kejayaan baginda itu ditiru dan diteruskan oleh para pemimpin selepas kewafatan baginda seperti Sayidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Othman Affan, Ali bin Abi Talib dan beberapa pemerintah selepas itu.-

(sumber: harakahdaily.net)

ISU PENGHAYATAN KELUARGA ISLAM. Tegakkanlah Rumahtangga Muslim.

Artikel ini adalah menurut Mustafa Masyhur

Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah yang wajib kepada setiap Muslim lelaki dan wanita.

Muslim. Individu muslim itu adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan untuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan yang patut di ikuti.

Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Usrah muslim, keluarga muslim mempunyai peranan yang penting di dalam kekuatan dan kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan kemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yang dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan persediaan. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi”
Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunan rumahtangga, tidak dapat dibicarakan hanya dengan satu makalah atau dua makalah sahaja akan tetapi perlulah kita merujuk kepada kitab-kitab dan karangan-karangan yang telah mengupas perkara yang penting itu Cukuplah di sini kita menerangkan sepintas lalu serba sedikit mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya
.

1: Pemilihan:
Saudara muslim dan saudari muslimah yang mahu memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Allah, wajib lah ke atas keduanya, masing-masing memilih pasangannya. Putera Islam mencari puteri Islam untuk menjadi isterinya yang salihah. Puteri Islam mencari putera Islam untuk menjadikan suaminya yang salih, sebagai kongsi hidup suami isteri.

Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya, memelihara dirinya di waktu ghaibnya sekalipun bagaimana lamanya dan mendidik serta membentuk anak-anaknya menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.

Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah. Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan jihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita kepada yang demikian dengan sabda baginda:
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia”.

Oleh kerana itu Rasulullah (s.a.w.), tidak mengakui hak wali yang menikahkan puterinya dengan seorang lelaki yang tidak di sukai oleh puterinya. Ini memberi peluang kepada puteri Islam untuk memilih suami yang salih. ( didalam keadaan yang menepati syarat-syarat nya–?)

2: Beriltizam Dengan Batas-Batas Islam:
Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnya mampu mengawal dan menguasai setiap tahap dan peringkat pembangunan rumahtangga muslim. Sama ada dari peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkan rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin baharu atau berbulan madu mestilah jauh dari segala adat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak.

Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangan dengan syariat Allah Taala atau pun yang menjadi rintangan di jalan perkahwinan yang kadang-kadang menghalang langsung untuk terlaksananya perkahwinan. Mengapakah tidak di laksanakan akad-nikah itu di Mesjid? Di dalam udara yang bersih dan luas yang jauh dari segala sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk? Berbelanja berlebih-lebihan dan boros yang bertentangan dengan syariat Islam? Cadangan itu adalah wajar.

Akad nikah di dalam Masjid tidak di gemari oleh manusia sebagaimana dahulu mereka tidak menggemari fesyen pakaian Islam. Tetapi kalau kita bersungguh-sungguh mendesak dan bertegas untuk melangsungkan juga akad nikah itu di dalam mesjid, lama kelamaan ia akan menjadi perkara yang di sukai oleh manusia dan akan menjadi perkara biasa. Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi perkara lumrah dan di sukai oleh manusia. Sesungguhnya itu lah pertentangan di antara kemuliaan dan kehinaan.

Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan adab-adab Islam, kita akan berjaya menegakkan dan menanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakan ke atas manusia.

3: Kebahagiaan Rumahtangga Yang Di Cita-Citakan:
Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agama telah sempurnalah langkah-langkah yang menuju ke alam perkahwinan sesuai dengan ajaran Islam.

Mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atas asas yang teguh yang akan merealisasikan kemantapan, ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama ini dicari-cari oleh beberapa banyak keluarga pada zaman ini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri, tidak pula dapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaian dan dengan segala perhiasan rumahtangga.

Tetapi kebahagiaan itu diperolehi dari dalam diri sendiri, dari perasaan takwa kepada Allah, kerana Allah lah yang mengurniakan kebahagiaan, yang memberi mawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang di antara suami isteri. Benarlah Allah yang Maha Agung yang telah berfirman:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)

Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam harta yang banyak, akan tetapi orang yang bertakwa itulah orang yang berbahagia.

4: Perkahwinan Itu Ibadat:
Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada Allah Taala. Jadi kita mestilah berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan segenap kehidupan hidup sebagai alat untuk kita menghampirkan diri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan segala kemudahan yang ada untuk menolong kita beribadat kepada Allah.

Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai Allah.

Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam. Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:
” Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya.”(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

5: Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:
Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai, cinta mencintai, di antara suami isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduh dan ke pura-puraan.

Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya.

6: Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin Oleh Suami:
Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama, di atas syura’, tolong menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat kepincangan di dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:
`Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya”. (Al-Baqarah : 228)

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”. (An-Nissa’: 34)

Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas ajaran Islam.
Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya himgga ke hari ini.

7: Perkahwinan Adalah Tanggungjawab Dan Amanah
Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab. Tiap-tiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiap pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkara yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada kamu. Benarlah Allah yang berfirman:
‘Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (At Tahrim : 6)

Rasulullah s.a.w bersabda: “ Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya”.

Kita sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demi pemeliharaan itu, sebagai contoh, kita biasa memberi perhatian yang berlebihan apabila salah seorang dari anggota keluarga kita jatuh sakit. Tetapi perhatian yang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seorang anggota keluarga yang mencuaikan hak Allah ataupun menyalahi ajaran Islam padahal itulah yang paling utama diperhatikan dan diubati.

8: Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah:
Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagi Islam dari seorang muslim yang benar aqidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti.

Kita ingin melihat suami muslim yang memikul tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka di segala peringkat hidup mereka. Kita hendak melihat isteri yang muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan suaminya.,
Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari kepayahan dan penat lelah perjuangan dan menolong suaminya mentaati Allah Ta’aala. Alangkah indah dan hebatnya kata-kata yang diucapkan oleh seorang isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya waktu pagi:
Bertaqwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan janganlah kekanda memberi kami makanan kecuali yang halal dan baik-baik sahaja”.

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara anak-anaknya dan membentuk mereka menurut bentuk Islam kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan mereka. Inilah risalah, amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting yang selama ini cuba dihapuskan oleh musuh-musuh kemanusiaan. Mereka cuba menyelewengkan fakta-fakta ini dari para isteri dengan berbagai-bagai pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan bangunan masyarakat. Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang sejati yang memperhambakan diri mereka kepada. Tuhan. Mereka taat setia kepada Allah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa. Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab-adab Islam dan tidak lahir dari mulut mereka sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturahim, yang sentiasa mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita hendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan khadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yang mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu di luar kemampuannya, mereka menolongnya.

Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentuk yang unik sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.
Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik di segala jurusan hidupnya. Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yang halal, minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnya yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan tradisi di waktu suka dan duka Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliah yang di import dari luar. Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah melakukan sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam melahirkan serta membina anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang jurusan hidup keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya, tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.

9: Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya Cahaya:
Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti menjadi markas dakwah Islam. Setiap anggota keluarga yang aqil baligh wajib menjadi sahibud-dakwah, pendukung dakwah, menyeru rumahtangga dan keluarga di sekitarnya kepada Allah dengan penuh kesabaran, dengan hikmah dan nasihat yang baik.

Isteri yang salihah berkemampuan menarik hati jiran-jiran dengan dakwah kepada Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpat mengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan pelajaran dan ke arah memahami urusan agama.

Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia kepada Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini, kecuali yang telah mendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya dan memusnahkan manusia. Tetapi kita hendaklah menjadikannya sebagai wanita yang salihah yang turut bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan yang maaruf dan merobohkan yang mungkar dan menghapuskan yang batil menyokong kemuliaan dan memerangi kehinaan.

Kita menghendaki rumahtangga muslim itu sebagai rumah cahaya yang memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. la menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya dan menyinari jalannya untuk di lalui oleh mereka. Maka dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah dan bercahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat.

Maka dengan demikian keperibadian Islam berkemampuan menyinari masyarakat dan memimpin nya di bawah naungan Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan kejahatan mudah dihapuskan. Baharulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan, yang bersih yang mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam dan seterusnya al-khilafah al-Islamiah alamiah.

Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang misali yang menjadi model Islam yang sejati untuk menjadi contoh teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan menyusahkan

disunting dari
http://www.pmiutm.com/ dengan sedikit pengubahsuaian

ISU PENGHAYATAN ISLAM>> Renungan kehidupan kita....

Kehidupan yang sebenarnya ialah berlandaskan Quran dan Sunnah. Usahlah kita terus melompat dan kata sini tak betul dan sana tak betul. Yang pentingnya untuk langkah yang pertama ialah memperbetulkan diri kita sendiri. Lepas itu keluarga kita dan selepas itu barulah jiran, masyarakat dan sahabat handai.

Berikut adalah renungan bagi kehidupan kita:
1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?
4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah, kalau mati dah tentu masuk syurga dan kalau hidup dan dibesarkan oleh keluarga yang beriman insyaallah ke syurga jua la dia. Bagi anak yang tidak dibuang tetapi tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.
5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.
6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.
7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah.Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya.
8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.
9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin 2,kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.
10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong tali persaudaraan.11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.
"KULLU NAFSIN DZAIQAT AL-MAUT"

ISU NEGARA ISLAM. Secawan Starbuck Senilai Secawan Darah Palestina dan Lebanon


COME, Riyadh - Ini bunyi sebuah aksi BOIKOT produk Amerika dan Israel oleh warga Saudi di sebuah kafe terkenal dan tersebar di kota-kota negara kerajaan ini. Kafe Starbuck memang memberikan dananya langsung kepada Israel yang hingga kini. meneruskan aksi brutalnya membunuh rakyat Palestina dan Lebanon. Para aktivis boikot meletakkan kafe ini di level pertama dari perusahaan, produk, dan restoran yang diboikot. Islamonline menegaskan, aksi anti-perusahaan kafe kelas internasional Strarbuck ini mula membuak-buak sejak dipopularkan oleh sebuah artikel pemimpin pelaksana perusahaan, Howard Schultz di laman Zayubidia yang sangat ambil tahu dengan kepentingan Israel dan dirinya menegaskan, perusahaanya memberikan sumbangan setengah keuntungannya untuk negara Israel sejak negara zionis melakukan kekejaman ke Lebanon.


Dalam artikelnya, Schultz berterima kasih kepada “pelanggan yang rela” memberikan satu cangkir kopi yang mereka beli dari perusahaannya untuk mendukung dan menjaga keselamatan Israel dari serangan ‘teroris’. Ia juga mengingatkan kepada semua warga Yahudi untuk melindungi Israel.


Sejak dipopularkan artikel inilah warga Saudi mula menyebarkan maklumat ini melalui sms yang menyeru supaya melakukan boikot keatas kafe Strabuck. Salah satu berbunyi SMS ini adalah “hati-hati… anda mendukung Yahudi dengan secawan kopi… boikot Starbuck.” Dalam internet juga tersebar poster yang berbunyi “pemimpin perusahaan Starbuck menyumbang setengah keuntungannya untuk pemerintah Israel sejak perangnya atas Lebanon… saya bersaksi kepada Allah dan malaikatnya bahawa saya memboikot Starbuck”.


Aksi boikot semakin mendapatkan liputan meluas dan dukungan luas ketika Dr. Abdul Wahhab bin Said Al Qahthani, timbalan dekan fakulti Manajemen Strategis dan Pemasaran Universiti Malik Fahd bahwa Schultz, pemimpin perusahaan Starbuck adalah zionis di kedudukan pertama dan pendukung kental politik Israel.


Menurut Qahthani membeli produk Starbuck sama bahayanya dengan penghinaan harian di Denmark terhadap Rasulullah. Sebab mereka mengambil harta kita dari negara-negara Arab dan Islam untuk melakukan perang terhadap Palestina, membunuh anak-anak, wanita dan pejuang kemerdekaan. Menyumbang harta untuk mereka sama sahaja dengan mengina Islam dan umat Islam, tegas Qahthani.


Schultz sendiri, tegas Qahthani, pada tahun 1998 dalam perayaan ulang tahunnya ke 50 mendapatkan pernghargaan dari Israel kerana telah menyumbangkan dananya kepada Israel dan memperbaiki semangat Israel serta memburukkan semangat anak-anak Intifadlah Palestina yang disebut Schultz sebagai teroris dan anti Semit.


Perang ekonomi
Kerananya, pakar Saudi ini mengajak untuk menggalakkan boikot terhadap kafe-kafe Amerika. Ia mengatakan, budaya perang ekonomi harus diterapkan oleh umat Islam dengan memboikot perusahaan pendukung Israel. Kerana umat Islam tidak memiliki kekuatan militan untuk membela hak-hak mereka.


Menari di atas mayat saudara sendiri
Qahthani mengecam sikap umat Islam yang tidak mahu melakukan aksi boikot “bagaimana kita menikmati minum kopi Starbuck dan kita sadar kalau harta kita disumbangkan untuk mendukung Israel agar semakin ganas membunuhi umat Islam”.


Jihad dengan harta
Para pendukung aksi boikot ini baik di ruang internet atau lewat telefon bimbit banyak memandang bahawa langkah ini merupakan jihad dengan harta.
Perusahaan kafe Starbuck kebelakangan ini mengumumkan laba pada kwartal kedua tahun 2006 ini mencapai 1,9 milyar USD. Dan kini ia sedang merencanakan membuka kafe 1800 baru di seluruh dunia hingga akhir tahun ini. Di Arab Saudi saja Caffe Shoop milik Starbuck bereset 15 milion Riyal setiap tahun.


Rakyat Saudi dukung boikot
Meskipun secara rasmi Saudi mengkritik langkah Hizbullah, namun kempennya produk Israel dan Amerika ditanggapi rakyat dengan sinis. Hal itu dapat dilihat melalui tellefon bimbit atau internet.


Hingga hari ke 29 invasi ke Lebanon, Israel sudah membunuh 1090 orang majoriti kaum sipil, 30% anak, dan 3570 orang cedera serta lebih 1 juta orang trauma. Kerugiaan fizikal kira-kira bernilai milion USD menurut laporan rasmi pemerintah Lebanon. (infopalestina)

>>Pendidikan Seks Untuk Anak

Oleh: Zulia Ilmawati(Psikologi, Pemerhati Masalah Anak dan Remaja )

Perdebatan tentang perlu atau tidak pendidikan seks diberikan kepada anak bermula dari keperihatinan terhadap pergaulan remaja saat ini. Para pemerhati masalah remaja berpendapat, seks bebas yang sekarang ini menjadi gejala salah satunya disebabkan kerana pengetahuan remaja tentang seksualiti masih sangat rendah.
Kerana itu, usaha-usaha diperlukan untuk memasyarakatkan pendidikan seks kepada remaja. Program-program pendidikan seks pun mulai didedahkan, bahkan ada yang berpendapat bahwa pendidikan seks seharusnya diberikan seluas mungkin. Jika perlu, di bangku prasekolah. Terdapat juga kurikulum yang membahaskan khusus tentang pendidikan seks. Benarkah sepenting itu pendidikan seks bagi anak? Bagaimana Islam memandang persoalan ini? Apa itu Pendidikan Seks?
Ada banyak pengertian tentang apa itu pendidikan seks, bergantung pada sudut pandang yang dipakai. Menurut Dr. Abdullah Nashih Ulwan, pendidikan seks adalah kemampuan pengajaran, penyedaran, dan penerangan tentang masalah-masalah seksual yang diberikan kepada anak sejak ia mengetahui masalah-masalah yang berkenaan dengan seks, naluri, dan perkahwinan. Dengan begitu, jika anak telah dewasa, ia akan dapat mengetahui masalah-masalah yang diharamkan dan dihalalkan; bahkan mampu menerapkan perilaku islami dan tidak akan memenuhi naluri seksualnya dengan cara-cara yang tidak Islami.
Pendidikan seks dalam Islam merupakan bahagian integral dari pendidikan akidah, akhlak, dan ibadah. Terlepasnya pendidikan seks dengan ketiga unsur itu akan menyebabkan ketidakjelasan arah dari pendidikan seks itu sendiri, bahkan mungkin akan menimbulkan kesesatan dan penyimpangan dari tujuan asal manusia melakukan kegiatan seksual dalam rangka pengabdian kepada Allah. Oleh kerana itu, pelaksanaan pendidikan seks tidak boleh menyimpang dari tuntutan syariat Islam. membuat anak semakin bingung atau keliru. Ibubapa adalah pihak yang paling bertanggungjawab terhadap anak dalam masalah pendidikan, termasuk pendidikan seks. Jadi, dalam hal ini, sesungguhnya tidak mutlak diperlukan adanya kurikulum khusus tentang pendidikan seks di sekolah-sekolah.


Pokok-Pokok Pendidikan Seks Perspektif Islam
Di antara pokok-pokok pendidikan seks yang bersifat praktis, yang perlu diterapkan dan diajarkan kepada anak adalah:

1. Menanamkan rasa malu pada anak.
Rasa malu harus ditanamkan kepada anak sejak kecil. Jangan biasakan anak-anak, walaupun masih kecil, bertelanjang di depan orang lain; misalnya ketika keluar bilik air, berganti pakaian, dan sebagainya. Membiasakan anak perempuan sejak kecil berbusana Muslimah menutup aurat juga penting untuk menanamkan rasa malu sekaligus mengajar anak tentang auratnya.

2. Menanamkan jiwa maskuliniti pada anak lelaki dan jiwa feminiti pada anak perempuan.
Secara fizik mahupun psikik, lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan yang nyata.. Perbezaan tersebut telah diciptakan sedemikian rupa oleh Allah. Adanya perbezaan ini bukan untuk saling merendahkan, namun semata-mata kerana fungsi yang berbeza yang kelak akan dimainkan perananya. Mengingat perbezaan tersebut, Islam telah memberikan tuntunan agar masing-masing fitrah yang telah ada tetap terjaga. Islam menghendaki agar lelaki memiliki keperibadian maskulin, dan perempuan memiliki keperibadian feminin. Islam tidak mengkehendaki wanita menyerupai lelaki, begitu juga sebaliknya. Untuk itu, harus dibiasakan dari kecil anak-anak berpakaian sesuai dengan jenis kelaminnya. Mereka juga harus diperlakukan sesuai dengan jenis kelaminnya. Ibnu Abbas ra. berkata:
Rasulullah saw. melaknat laki-laki yang berlagak wanita dan wanita yang berlagak meniru laki-laki. (HR al-Bukhari).

3. Memisahkan tempat tidur mereka.
Usia antara 7-10 tahun merupakan usia saat anak mengalami perkembangan yang pesat. Anak mulai melakukan eksplorasi ke dunia luar. Anak tidak hanya berfikir tentang dirinya, tetapi juga mengenai sesuatu yang ada di luar dirinya. Pemisahan tempat tidur merupakan usaha untuk menanamkan kesedaran pada anak tentang eksistensi dirinya. Jika pemisahan tempat tidur tersebut terjadi antara dirinya dan ibubapanya, setidaknya anak telah dilatih untuk berani bedikari. Anak juga dicuba untuk belajar melepaskan perilaku lekatnya (attachment behavior) dengan ibubapanya. Jika pemisahan tempat tidur dilakukan terhadap anak dengan saudaranya yang berbeza jenis kelamin, secara langsung ia telah ditumbuhkan kesedarannya tentang eksistensi perbezaan jenis kelamin.

4. Mengenalkan waktu berkunjung (meminta izin dalam 3 waktu).
Tiga ketentuan waktu yang tidak diperbolehkan anak-anak untuk memasuki ruangan
Siapa yang Bertanggung Jawab?
ibubapa manapun tentu selalu menginginkan anaknya menjadi anak yang baik. Anak adalah generasi yang diciptakan untuk kehidupan masa depan. Sepatutnya ibubapa memberikan bekalan berupa pendidikan yang menyeluruh, termasuk pendidikan seks. Ibubapa dituntut memiliki kepekaan, keterampilan, dan pemahaman agar mampu memberi informasi dalam keadaan tertentu, yang justeru tidak(bilik) orang dewasa kecuali meminta izin terlebih dulu adalah: sebelum solat subuh, tengah hari, dan setelah solat isya. Peraturan ini ditetapkan mengingat di antara ketiga waktu tersebut merupakan waktu aurat, yakni waktu ketika badan atau aurat orang dewasa banyak terbuka (Lihat: QS al-Ahzab [33]: 13). Jika pendidikan seperti ini ditanamkan pada anak maka ia akan menjadi anak yang memiliki rasa sopan santun dan etika yang luhur.

5. Mendidik menjaga kebersihan alat kelamin.
Mengajar anak untuk menjaga kebersihan alat kelamin selain agar bersih dan sihat sekaligus juga mengajari anak tentang najis. Anak juga harus dibiasakan untuk buang air pada tempatnya (toilet training). Dengan cara ini akan terbentuk pada diri anak sikap hati-hati, mandiri, mencintai kebersihan, mampu menguasai diri, disiplin, dan sikap moral yang memperhatikan tentang etika sopan santun dalam melakukan hajat.

6. Mengenalkan mahramnya.
Tidak semua perempuan berhak dinikahi oleh seorang laki-laki. Siapa saja perempuan yang diharamkan dan yang dihalalkan telah ditentukan oleh syariat Islam. Ketentuan ini harus diberikan pada anak agar ditaati. Dengan memahami kedudukan perempuan yang menjadi mahram, diupayakan agar anak mampu menjaga pergaulan sehari-harinya dengan selain wanita yang bukan mahram-nya. Inilah salah satu bahagian terpenting dikenalkannya kedudukan orang-orang yang haram dinikahi dalam pendidikan seks anak. Dengan demikian dapat diketahui dengan tegas bahwa Islam mengharamkan incest, iaitu pernikahan yang dilakukan antara saudara kandung atau mahram-nya. Siapa saja mahram tersebut, Allah Swt telah menjelaskannya dalam surat an-Nisa’ (4) ayat 22-23.

7. Mendidik anak agar selalu menjaga pandangan mata.
Telah menjadi fitrah bagi setiap manusia untuk tertarik dengan lawan jenisnya. Namun, jika fitrah tersebut dibiarkan bebas lepas tanpa ikatan, justeru hanya akan merosak kehidupan manusia itu sendiri. Begitu pula dengan mata yang dibiarkan melihat gambar-gambar atau filem yang mengandungi unsur pornografi. Kerana itu, jauhkan anak-anak dari gambar, filem, atau bacaan yang mengandung unsur pornografi dan pornoaksi.

8. Mendidik anak agar tidak melakukan ikhtilât.
Ikhtilât adalah bercampur-baurnya laki-laki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya keperluan yang dibolehkan oleh syariat Islam. Perbuatan seperti ini pada masa sekarang sudah dinggap biasa. Mereka bebas berpandangan, saling berdekatan dan bersentuhan; seolah-olah tidak ada lagi batas yang ditentukan syariat mengguna mengatur interaksi di antara mereka. Ikhtilât dilarang kerana interaksi seperti ini boleh menjadi pengantara pada perbuatan zina yang diharamkan Islam. Kerana itu, jangan biasakan anak diajak ke tempat-tempat yang di dalamnya terjadi percampuran laki-laki dan perempuan secara bebas.

9. Mendidik anak agar tidak melakukan khalwat.
Dinamakan khalwat jika seorang laki-laki dan wanita bukan mahramnya berada di suatu tempat, hanya berdua saja. Biasanya mereka memilih tempat yang tersembunyi, yang terlindung dari dilihat oleh orang lain. Sebagaimana ikhtilât, khalwat pun merupakan perantara bagi terjadinya perbuatan zina. Anak-anak sejak kecil harus diajar untuk menghindari perbuatan seperti ini. jika bermain, bermainlah dengan sesama jenis. Jika dengan yang berlainan jenis, harus diingatkan untuk tidak berkhalwat.

10. Mendidik etika berhias.
Berhias, jika tidak diatur secara islamik, akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan dosa. Berhias bererti usaha untuk memperindah atau mempercantik diri agar boleh berpenampilan menawan. Tujuan pendidikan seks dalam kaitannya dengan etika berhias adalah agar berhias tidak untuk perbuatan maksiat.

11. Ihtilâm dan haid.
Ihtilâm adalah tanda anak lelaki sudah mulai memasuki usia baligh. Adapun haid dialami oleh anak perempuan. Mengenalkan anak tentang ihtilâm dan haid tidak hanya sekadar untuk boleh memahami anak dari pendekatan fisiologis dan psikologis semata-mata. Jika terjadi ihtilâm dan haid, Islam telah mengatur beberapa ketentuan yang berkaitan dengan masalah tersebut, antara lain kewajipan untuk melakukan mandi. Yang paling penting, harus ditekankan bahawa kini mereka telah menjadi Muslim dan Muslimah dewasa yang wajib terikat pada semua ketentuan syariat. Maksudnya, mereka harus diarahkan menjadi manusia yang bertanggungjawab atas hidupnya sebagai hamba Allah yang taat.
Itulah beberapa hal yang harus diajarkan kepada anak berkaitan dengan pendidikan
seks.
Wallâhu a’lam bi ash-shawâb.

(sumber dari http://www.dakwah.info.com/) dengan sedikit semakan.

ISU PENDIDIKAN ANAK.. Membiasakan anak “HIDUP BERSAMA” Al-Quran

Setiap ibu bapa pasti menginginkan cahaya matanya menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak soleh dan solehah merupakan harta yang paling berharga bagi ibu bapa. Untuk mendapatkan semua itu, harus ada kesungguhan yang tinggi dari ibu bapa dalam mendidik anak. Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana ia adalah panduan hidup manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar. (QS al-Isra’ [17]: 9).


Masa bila yang terbaik al-Quran diajarkan pada anak? Tentu seawal mungkin. Semakin awal semakin baik. Adalah sangat bagus jika sejak anak dalam kandungan seolah-olah calon anak kita itu sudah terbiasa “hidup bersama” al-Quran; iaitu ketika si ibu yang mengandungkannya, rajin membaca al-Quran.

7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama al-Quran

1. Mengenalkan.
Saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Akan tetapi, sayangnya ramai ibu bapa yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas. Sesekali perlihatkanlah al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain, apatah lagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik. Mengenalkan al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan terlebih dulu huruf-huruf hijaiyah; bukan mengajarnya membaca, tetapi sekadar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C, D. Tampalkan gambar-gambar tersebut ditempat yang sering dilihat anak; lengkapi dengan gambar dan warna yang menarik. Dengan sering melihat, anak akan terpanggil untuk bertanya lebih lanjut. Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.
2. Memperdengarkan.
Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD. Kalau ada teori yang mengatakan bahawa mendengarkan muzik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, insya Allah memperdengarkan al-Quran akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi. Apatah lagi jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca al-Quran, suasana hati dan fikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang. Suasana seperti ini sangat membantu perkembangan psikologi janin yang ada dalam kandungan. Sebabnya, secara teori kondusi psikologi ibu sudah tentu sangat berpengaruh pada perkembangan bayi, khususnya perkembangan psikologinya. Suasana tertekan pada Ibu tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya.
Memperdengarkan al-Quran boleh dilakukan bila-bila masa sahaja dan dimana sahaja; juga tidak mengenal batas usia anak. Untuk anak-anak yang belum boleh berbcakap, insya Allah alunan ayat al-Quran itu akan terakam dalam memorinya. Jangan pelik kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surah al-Fatihah, contohnya, dia boleh bercakap. Untuk anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat al-Quran (surah-surah pendek) kepadanya terbukti memudahkan si anak menghafalkannya.

3. Menghafalkan.

Menghafalkan al-Quran boleh dimulakan semenjak anak lancar bercakap. Mulakanlah dengan surah atau ayat yang pendek atau potongan ayat (misalnya fastabiq al-khayrât, hudan li an-nâs, birr al-walidayn, dan sebagainya). Menghafal boleh dilakukan dengan cara seringkali membacakan ayat-ayat tersebut kepada anak. Lalu latihlah anak untuk menirukannya. Hal ini dilakukan berulang-ulang sehingga anak hafal di luar kepala. Masa anak-anak adalah masa meniru dan memiliki daya ingatan yang luar biasa. Ibu bapa harus menggunakan kesempatan ini dengan baik jika tidak ingin menyesal kehilangan masa emas (golden age) pada anak-anak. Agar anak lebih mudah mengingat, ayat yang sedang dihafal anak boleh juga sering dibaca ketika ayah menjadi imam atau ketika naik kereta dalam perjalanan. Disamping anak tidak mudah lupa, hal itu juga sebagai upaya membiasakan diri untuk mengisi kesibukan dengan amalan yang bermanfaat. Nabi saw. bersabda:
Demi Zat Yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan al-Quran itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya. (HR al-Bukhari dan Muslim).

4. Membaca.

Siapa sahaja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat ganda. Aku tidak mengatakan bahwa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf. (HR at-Tirmidzi).
Sungguh luar biasa pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang biasa membaca al-Quran. Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat. Ibu bapa penting memberikan contoh. Jadikanlah membaca al-Quran, utamanya pada pagi hari selepas solat subuh atau selepas solat maghrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga. Ajaklah anak-anak yang belum boleh membaca untuk bersama-sama mendengarkan abang dan kakaknya yang sedang membaca al-Quran. Ibubapa mempunyai kewajipan untuk mengajarkan kaedah-kaedah dan adab membaca al-Quran.
Untuk membolehkan membaca al-Quran, termasuk mengetahui kaedah-kaedahnya, pada masa sekarang ini tidaklah sukar. Telah banyak metode yang ditawarkan untuk boleh mudah dan cepat membaca. Ada metode Iqra, Qiraati dan sebagainya. Metode-metode itu telah terbukti memudahkan ribuan anak-anak malahan ibubapa untuk mahir membaca al-Quran.
Alangkah baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di bawah bimbingan ibubapa. Ketika seorang anak membaca, yang lain menyemaknya. Jika anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan. Dengan cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkat.


5. Menulis.
Belajar menulis akan mempermudahkan anak dalam belajar membaca al-Quran. Dikatakan kepada anak kata-kata tertentu yang mempunyai makna. Dengan begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak mempelajari bahasa Arab. Mulakanlah dengan kata-kata pendek. Misalnya, untuk mengenalkan tiga kata alif, ba, dan dal anak diminta menulis a, ba da (tolong tuliskan Arabnya, ya: a-ba-da) artinya diam; ba-da-a (yang ini juga) ertinya mulai; dan sebagainya. Sesekali di rumah, cuba adakan perlumbaan menulis ayat al-Quran. Berilah hadiah untuk anak yang paling kemas menulis. Jika anak memiliki kemampuan yang lebih dalam menulis huruf al-Quran, ia boleh diajar dengan lebih lanjut dengan mempelajari seni kaligrafi. Rangkaian huruf menjadi suku kata yang mengandungi makna yang bertujuan untuk melatih anak dalam memperkaya kosa kata, di samping memberikan kesempatan bagi mereka untuk bertanya tentang setiap kata yang diucapkan serta mengembangkan cita rasa seni mereka. Jadi, tidak hanya bertujuan mengenalkan huruf al-Quran semata.

6. Mengkaji
Ajaklah anak mula mengkaji isi al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah solat maghrib atau subuh. Paling tidak, seminggu sekali kajian sekeluarga ini dilakukan. Tema yang ringkas boleh sahaja tema-tema yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari. Kajian bersama, dengan merujuk pada satu atau dua ayat al-Quran ini, sekaligus dapat menjadi sarana tawsiyah untuk seluruh anggota keluarga. Sekali waktu, tema yang akan dikaji boleh diserahkan kepada anak-anak. Adakalanya anak diminta untuk memimpin kajian. Ibubapa boleh memberi arahan atau koreksi jika ada hal-hal yang kurang tepat. Cara ini sekaligus untuk melatih keberanian anak menyampaikan isi al-Quran.

7. Mengamalkan dan memperjuangkan.
Al-Quran tentu tidak hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji. Justeru yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapat menyinari kehidupan manusia. Sampaikan kepada anak tentang kewajipan mengamalkan serta memperjuangkan al-Quran dan pahala yang akan diraihnya. Insya Allah, hal ini akan memotivasi anak. Kepada anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana para Sahabat dulu yang sangat teguh berpegang pada al-Quran; ceritakan pula bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar al-Quran tegak dalam kehidupan. (dakwahinfo)

Sunday, October 12, 2008

Politik

Thread ini membincangkan isu-isu politik menurut pandangan Islam.